web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemeriksaan Haid, KPM Diminta Jelaskan Tindakan - AWAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 2:35PM

AWAM mahu Kementerian Pendidikan memperincikan pekeliling yang jelas mengenai larangan pemeriksaan haid di institusi pendidikan seluruh negara. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan diminta menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak yang membuat pemeriksaan haid di institusi pendidikan seluruh negara.

Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM) berkata, pihaknya menyambut baik pekeliling dikeluarkan kementerian berhubung larangan itu, namun perincian perkara tersebut masih tidak jelas.

Jurucakap AWAM berkata, pekeliling tersebut tidak menyatakan jenis penalti atau tindakan pemulihan akan diambil terhadap pihak terbabit, sama ada yang menjalankan pemeriksaan haid atau mengarahkan orang lain (terutama pelajar) berbuat demikian.

“Terdapat keperluan untuk arahan lebih jelas mengenai mekanisme pelaporan, tindakan terhadap pelaku dan mangsa yang terselamat.

“Semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah digesa melakukan pemeriksaan berterusan di institusi pendidikan kementerian dan maklumkan tindakan serius akan diambil segera terhadap mana-mana institusi pendidikan yang menjalankan pemeriksaan haid secara mengejut,” katanya di sini hari ini.

KPM sebelum ini memaklumkan, isu pemeriksaan haid didakwa berlaku di beberapa sekolah sejak 20 tahun lalu dan dianggap tidak wajar dilakukan.

Susulan itu, kementerian mengeluarkan pekeliling bertarikh 2 November kepada semua ketua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mengarahkan semua pemeriksaan seumpama itu dihentikan.

“Semua JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah memastikan amalan serta tindakan pemeriksaan fizikal, khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi pendidikan di bawah KPM.

“Pihak JPN dan PPD juga hendaklah sentiasa peka dan menjalankan pemantauan berterusan supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang,” jelas pekeliling itu. – Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 7 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Kisah Kita 10 bulan yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

4

TARA 11 bulan yang lalu

Lelaki Janganlah Culas Buat Pemeriksaan Kesihatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka