web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut, Jatuh Roda Ferris Di Cheras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:15AM

Seorang lelaki maut selepas terjatuh daripada permainan roda Ferris di Cheras, Selangor, tengah malam Khamis. - Gambar dari Facebook Traffic Info Crew

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dipercayai terjatuh daripada permainan roda Ferris di Cheras, Selangor tengah malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Mohd Sabri Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pekerja Pesta Ria di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Cheras mengatakan bahawa terdapat dua lelaki tempatan terjatuh ketika menaiki permainan berkenaan.

"Saksi telah memaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki berumur 39 tahun telah jatuh dari buaian permainan Fun Fair (Pesta Ria) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans daripada Hospital Kajang yang hadir di lokasi kejadian. 

Seorang lagi mangsa dalam lingkungan usia sama turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Mohd Sabri berkata pihaknya sedang menyiasat punca kejadian berkenaan sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik Pesta Ria mahupun mangsa sendiri.

"Setakat ini hasil siasatan awal dapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian itu dan polis telah mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka