web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


18 Tahun Ke Atas, Ibu Hamil Dapat Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:11PM

Suntikan vaksin dos penggalak akan turut diberikan kepada wanita hamil, individu berusia 40 tahun ke atas, petugas barisan hadapan dan individu berumur 18 tahun yang mempunyai komorbiditi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun akan diperluaskan ke atas penerima yang mempunyai komorbiditi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan tersebut turut akan diberikan kepada wanita hamil, individu berusia 40 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan, termasuk dari sektor kesihatan.

“KKM akan terus memantau dari semasa ke semasa penularan COVID-19  dan pada masa sama akan meneruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan pemberian dos tambahan serta penggalak bagi memastikan Keluarga Malaysia menerima perlindungan yang optimum.

"Panel pakar perubatan KKM telah mengkaji keberkesanan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati satu dos penggalak boleh meningkatkan tahap imuniti terhadap COVID-19,” katanya pada sidang media yang dilakukan secara maya, hari ini.

Mengulas pemberian dos penggalak kepada individu berusia 40 tahun ke atas, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah besar golongan berkenaan tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tidak berjangkit.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian dos penggalak kepada warga emas dan kumpulan berisiko termasuk petugas barisan hadapan.

Setakat semalam, 825,497 suntikan dos penggalak COVID-19 sudah diberikan di negara ini.

Jelas beliau lagi, hanya dos penggalak Pfizer akan diberikan kepada penerima dua dos vaksin Sinovac pada masa ini.

Katanya, vaksin selain daripada Pfizer untuk tujuan tersebut masih dalam semakan oleh pakar dan panel kawal selia.

Pada masa sama Dr Noor Hisham mendedahkan, data dunia setempat (local real-world data) menunjukkan imuniti berkurangan beberapa bulan selepas seseorang individu lengkap divaksin.

“Ini kerana lihat sekarang epic centre jangkitan di Eropah. Di Australia sudah ada peningkatan kes mendadak.

“Di negara kita mungkin ke belakang, tiga atau empat bulan lagi kerana mereka mulakan vaksin lebih awal,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mengambil suntikan dos penggalak kerana kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini kembali meningkat kepada nilai 1.0.

“Jika kita lihat situasi sebelum ini, trend peningkatan kes dilihat pada minggu kelima hingga keenam selepas rentas negeri dibenarkan bermula 7 Oktober lalu.

“Dua faktor ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa tindakan secara aktif perlu diambil untuk mencegah lonjakan kes COVID-19. Antaranya meningkatkan pemberian dos penggalak,” katanya.

Setakat semalam, seramai 75.5 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi menerusi PICK. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka