web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Warga Asing Ditahan Dalam Op Noda Di Nilai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Lapan wanita warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda di tujuh premis pusat refleksologi di sekitar Bandar Baru Nilai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata serbuan ke tujuh premis yang berasingan itu dijalankan kira-kira 8.50 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Jelasnya, polis menahan kesemua wanita terbabit berusia 26 hingga 39 tahun kerana telah melanggar syarat permit lawatan dan tinggal melebihi tempoh masa.

"Polis turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis dan menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peratutan Imigresen 1959/1963.

Justeru, beliau berkata pihaknya menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka