web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Murid Maut Dilanggar, Pemandu Van Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 11:14AM

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak melintas van untuk memasuki sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu van sekolah ditahan, selepas dipercayai melanggar kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, wanita warga tempatan berusia 31 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini malam tadi.

Menurut Azman, pelajar tersebut telah dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre akibat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam.

“Nahas tersebut berlaku pada Jumaat, sekitar jam 12.10 tengah hari di kawasan taman perumahan Taman Dahlia, Sepang Selangor.

“Siasatan awal mendapati, pemandu terbabit menggerakkan kenderaan ke hadapan tanpa menyedari mangsa, yang juga penumpang van berkenaan telah dilanggar.

"Kanak-kanak malang itu ketika kejadian sedang melintas di hadapan van tersebut," katanya.

Azman berkata, mangsa sebelum kejadian telah diambil oleh pemandu van itu dari sebuah sekolah berhampiran dan dihantar ke pusat transit sebelum ke sekolah agama.

Semalam, tular satu video berdurasi satu minit 26 saat yang dirakam dari kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan insiden seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van sekolah berwarna putih. - Getaran, 12 November 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka