web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Khas Ditubuh Siasat Kes Muhammad Adib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2021 12:02PM

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021, bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas, bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus dapat dijalankan berhubung kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Penubuhan itu juga bagi membolehkan pembelaan sewajarnya dilakukan mengenai kes terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, selain dirinya yang bertindak sebagai pengerusi, jawatankuasa itu turut dianggotai sembilan individu lain, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.

“Anggota lain adalah Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim; Perunding Kanan Forensic Pathologist Penang Medical College (RCSI & UCD) Malaysia Campus-Penang), Datuk Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh serta Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) dan Perunding Kanan Histopathologist Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Datuk Prof Dr Looi Lai Meng.

“Selain itu, Pakar Kriminologi dan bekas Profesor Madya Universiti Sains Malaysia, Peguam dan Pengamal Undang-Undang, Datuk Dr Sundramoorthy M Pathmanathan, Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asistan Komisioner (SAC) Azari Abd Rahman, dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM, SAC Mohammad Abd Hamid,” katanya hari ini.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas tersebut.

"Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa khas itu, termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

"Jawatankuasa ini akan mengemukakan dapatan dan syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes  kematian anggota bomba itu.

Langkah berkenaan jelas Ismail Sabri, membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya menerima pembelaan, sekali gus membolehkan pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.

Muhammad Adib cedera parah dalam rusuhan ketika hadir untuk memadam kebakaran yang tercetus di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. - Getaran, 13 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka