web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidur Waktu Bertugas, Pekerja Buat Laporan Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 1:37PM

Ahsmon Bajah

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang pekerja sanggup membuat laporan palsu kononnya dia disamun, kerana bimbang perbuatannya yang tidur sewaktu bertugas diketahui majikan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, laporan itu diterima daripada seorang lelaki yang mendakwa telah disamun di sebuah syarikat mengimport peralatan perindustrian, Muara Tabuan Light, Jalan Setia Raja, di sini jam 5 pagi semalam.

Menurut beliau, tindakan tegas telah diambil terhadap pekerja tersebut.

"Berdasarkan laporan palsu yang dibuat, dia mendakwa telah didatangi dua lelaki yang tidak dikenali kerana memakai pelitup muka.

"Seorang daripada suspek dikatakan telah mengacukan sebilah pisau di lehernya, manakala seorang lagi bertindak mengambil telefon bimbit jenis Redmi dan wang tunai," katanya hari ini.

Katanya, dalam kejadian itu, lelaki tersebut mendakwa mengalami kerugian sekitar RM500.

"Soal siasat yang dijalankan bagaimanapun mendapati, individu tersebut telah membuat laporan palsu," ujarnya.

Ahsmon berkata, perbuatan berkenaan dilakukan kerana ingin mengelakkan tindakannya yang tidur semasa bertugas diketahui majikan.

"Individu tersebut akan dihadapkan ke mahkamah Kuching pada 15 November ini atas kesalahan membuat laporan palsu," katanya.

Ahsmon turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kerana tindakan tegas akan diambil.

"Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan membuat laporan palsu bolehdidakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya," tegasnya. - Getaran,13 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka