web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Mungkin Hilang Status UNESCO - Ahli Biologi Marin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 2:18PM

Pelan pembangunan ‘Melaka Waterfront Economic Zone’ berdasarkan laman webnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Melaka berisiko kehilangan status Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh UNESCO pada 13 tahun lepas jika ia terus melaksanakan pembangunan secara agresif.

Ini, jelas ahli biologi marin, meliputi pelaksanaan projek penambakan laut yang mengakibatkan Selat Melaka, iaitu antara tarikan utama negeri itu, menjadi semakin sempit.

Maria Marcos
Maria Marcos

UNESCO atau Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, boleh menarik semula pengiktirafan berkenaan kata Maria, jika bandar itu tidak lagi menepati kritieria Tapak Warisan Dunia.

“UNESCO boleh menarik semula posisi itu jika ia merasakan Melaka tidak berlaku adil kepada pelancong yang berkunjung ke bandaraya bersejarah itu, terutamanya kalau berlaku situasi indah khabar daripada rupa.

“Golongan yang meluluskan projek penambakan laut ini perlu dihantar semula ke sekolah untuk belajar tentang hubung kait alam semula jadi dan rantaian kesan negatif yang akan terjadi jika satu komponennya dirosakkan,” jelasnya.

Penambakan Selat Melaka berdasarkan gambar yang dirakamkan menerusi Google Earth
Penambakan Selat Melaka berdasarkan gambar yang dirakamkan menerusi Google Earth

Menerusi beberapa gambar satelit Google Earth, penambakan Selat Melaka bermula pada tahun 1997 yang membabitkan penghasilan sebuah pulau jadian di hadapan kawasan Melaka Raya, dikenali sebagai Pulau Melaka.

Bagaimanapun, penambakan di Selat Melaka yang lebih rancak berlaku sepanjang tahun 2004 sehingga 2019, meliputi hampir keseluruhan kawasan pesisiran Pantai Kelebang.

Kini terdapat lagi satu pembangunan membabitkan penambakan Selat Melaka, iaitu ‘Melaka Waterfront Economic Zone’ yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri terdahulu pada 26 Ogos 2020.

Projek ini seluas 33 kilometer yang bermula dari Umbai sehingga ke Sungai Udang dan akan membabitkan penambakan tanah seluas 25,000 hektar. 

Ia dibangunkan kontraktor swasta, LBS Bina Group Berhad.

Jelas Maria yang mempunyai pengkhususan dalam Pengurusan Pemuliharaan di Kawasan Semula Jadi Terlindung dari Universiti Salamanca, Sepanyol, penambakan laut secara besar-besaran seperti inilah yang menyebabkan banjir sering terjadi di Melaka.

“Ia telah menyebabkan ketidakseimbangan alam semula jadi. Sebab itulah di Melaka, kalau hujan lebat sahaja, mesti terjadi kes-kes banjir,” katanya yang sudah enam tahun menetap di sini. – Getaran, 13 November 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka