web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azhar, Abdul Hadi, Terima Darjah Kebesaran Bergelar Tan Sri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 3:29PM

Azhar Azizan Harun (kiri), Abdul Hadi Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menerima anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Darjah kebesaran itu dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021 pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan untuk 2021 manakala beberapa individu merupakan penerima bagi 2020.

Hari ini, 44 individu menerima darjah kebesaran masing-masing.

Istiadat kali ini merupakan tahun kedua menyaksikan ia berlangsung dalam suasana norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ekoran pandemik COVID-19.

Selain Azhar dan Abdul Hadir, turut bergelar Tan Sri adalah bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Liow Tiong Lai; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Selain itu, Seri Paduka turut menganugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan FELDA, Tun Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali. - Getaran, 13 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka