web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Risiko Peningkatan Semula Kes COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 6:34PM

Orang ramai perlu sentiasa patuh SOP bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai supaya tidak leka dan terus berjaga-jaga berikutan kes jangkitan COVID-19 yang menunjukkan tanda peningkatan semula. 

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai, berkata mereka juga diingatkan jangan terpengaruh dengan berita yang mengatakan Malaysia sedang memasuki fasa endemik sehingga memandang ringan soal keselamatan. 

"Jumlah kes harian COVID-19 yang kembali menaik dilihat sudah cukup teruk, tetapi apabila mengetahui kadar kebolehjangkitan virus ini meningkat kepada 1.04, ini adalah perkara lebih membimbangkan. 

"Melihat negara mencatatkan jumlah kes baharu melebihi kes pemulihan juga amat merisaukan, apatah mendengar kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Terengganu mencecah 84 peratus," katanya. 

Dr Koh berkata, lebih membimbangkan pihaknya adalah melihat orang ramai menjalankan kerja harian tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin. 

Individu terbabit katanya, seolah-olah 'melupakan' keperluan untuk bertopeng dengan betul dan mengekalkan penjarakan sosial. 

Jelasnya, kematian masih berlaku dan bagi pesakit yang bernasib baik untuk sembuh, ramai antara mereka yang memerlukan rawatan perubatan dan pemulihan jangka panjang selepas tubuh mengalami 'kerosakan' akibat virus itu. 

"Bagi sesetengah orang yang pulih dan masih mengalami kesan COVID-19, mereka akan berdepan kemurungan dan hilang keinginan untuk hidup. 

"Penderitaan dialami bekas pesakit ini disebabkan pelbagai kerosakan organ adalah sesuatu yang menyedihkan dan harus dilihat mereka yang mempercayai bahawa COVID-19 adalah cerita rekaan," katanya.

Beliau berkata, vaksin, pelitup muka dan penjarakan sosial adalah tiga 'senjata' penting dalam perjuangan menentang COVID-19. 

"Rawatan perubatan sedia ada sememangnya bagus, tetapi sudah pasti pencegahan adalah cara lebih baik bagi mengelakkan diri dijangkiti COVID-19 daripada menganggap ada rawatan untuk penyakit ini. 

"Seseorang mungkin tidak dapat mencapai tahap pemulihan sebenar walaupun dirawat dengan ubat terbaik dimiliki," katanya. - Getaran, 13 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka