web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual, Mesej 'Spam' Judi Online, Antara Isu Tumpuan Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 7:42AM

Mesej ‘spam’ yang mempromosi judi dalam talian antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu gangguan seksual dan mesej ‘spam’ yang mempromosi perjudian dalam talian akan menjadi antara persoalan dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-12, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu diajukan Noorita Sual (PH-Tenom) pada sesi soal jawab yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen kerajaan dalam memperkenalkan Akta Gangguan Seksual serta garis masa akta itu akan dibentangkan.

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula bertanyakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha drastik dilaksanakan kementerian bagi mengatasi isu mesej 'spam' yang mempromosikan perjudian secara dalam talian.

Mohd Nizar juga mempersoalkan sama ada wujud sebarang penglibatan pengendali syarikat telekomunikasi yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan bagi menjual data peribadi pengguna.

Menurut takwim Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat dijangka diteruskan dengan sesi penggulungan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) oleh kementerian terlibat bermula hari ini hingga Khamis.

Sebelum ini, seramai 131 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 selama tujuh hari bermula 1 November lepas.

Dewan Rakyat akan bersidang sehingga 16 Disember ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka