web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menyamar Rakan Pinjam Wang, 75 Kes Kerugian Lebih RM300,000 Dilaporkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 7:33AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebanyak 75 kes direkodkan berhubung penipuan individu menyamar sebagai kenalan untuk meminjam wang membabitkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM393,817 di Negeri Sembilan setakat semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Supt Aibee Ab Ghani berkata jumlah itu meningkat berbanding 68 kes (RM346,349) sepanjang 2020.

Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menghantar pautan kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan kemudian meminta mangsa memberikan nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) setelah pautan itu ditekan.

“Apabila TAC diberikan, suspek seterusnya akan mengambil alih talian WhatsApp dengan menyamar sebagai individu berkenaan.

“Suspek akan menggunakan talian mangsa dan menghantar pesanan kepada rakan mangsa menyatakan mahu meminjam wang kira-kira RM500 dengan kadar segera susulan kecemasan seterusnya memberikan akaun bank dengan nama lain dengan alasan akaun mangsa mempunyai masalah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati sekiranya diberikan sebarang pautan daripada WhatsApp selain tidak memberikan apa-apa nombor pin atau TAC kepada orang lain.

Beliau juga berkata sekiranya sesiapa ada menerima WhatsApp meminta untuk meminjam wang kononnya daripada rakan sendiri, perlulah berhubung terus dengan rakan melalui panggilan biasa untuk pengesahan kerana suspek berupaya menggunakan kaedah 'hijack’ WhatsApp. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka