web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Kurnia ‘Datuk’ Kepada Nicol David

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 5:13PM

Yang di-Pertuan Agong (kanan) berkenan mengurniakan PJN yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David. - Gambar oleh Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David. 

Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mendahului senarai penerima bagi istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan PJN.

Antara lain turut membawa gelaran ‘Datuk’, Setiausaha Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Zamri Yahya.

Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima),  Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).

Isitiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak COVID-19 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.

Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

‘Jangan Bersedih Pearly-Thinaah, Kamu Adalah ‘Olympian’ Dan Harapan Negara’ - Nicol 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka