web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2024 12:25PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Basikal Raleigh Chopper dibeli oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika zaman kanak-kanak menggunakan wang Seri Paduka Baginda sendiri antara tarikan istimewa Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara bermula hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata basikal berkenaan merupakan antara koleksi peribadi Seri Paduka Baginda dan ia dibawa khas dari Johor khusus untuk pameran berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Muzium Malaysia amat teruja kerana Sultan Ibrahim telah memberi perkenan agar pelbagai barangan peribadi Seri Paduka Baginda yang mempunyai kisah serta nostalgia tersendiri dipertontonkan kepada rakyat termasuk pengunjung antarabangsa.

"Basikal itu antara barangan utama yang dibeli oleh Tuanku (Sultan Ibrahim), pastinya mempunyai nilai sentimental kepada Tuanku, kerana ia dibeli sendiri oleh Sultan Ibrahim ketika zaman kanak-kanak hasil daripada menjual botol dan besi buruk," katanya kepada Bernama di sini.

Pameran Raja Kita di Galeri 1 dan 2 di Muzium Negara dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 semalam.

Dibuka kepada orang ramai hingga 29 September, Pameran Raja Kita ialah sebahagian daripada acara yang disusun bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sabtu lepas.

Kisah Raleigh Chopper itu pernah dikongsikan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam catatan Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada 11 September 2015 dan Seri Paduka Baginda menyifatkan basikal berkenaan ialah "cinta pandang pertama".

Seri Paduka Baginda berkongsi bahawa Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Iskandar Ismail tidak memanjakan anakanda dengan duit, olen sebab itu Sultan Ibrahim mengambil keputusan berusaha mencari wang untuk membeli basikal idaman berkenaan.

"Saya sendiri tidak berani untuk meminta duit daripada Almarhum. Saya mahukan sangat basikal yang berharga RM120 itu, tetapi tidak berani untuk meminta daripada Almarhum. Maka, saya berfikir cara mencari duit sendiri untuk membeli basikal Chopper itu," titah Seri Paduka Baginda.

Selepas tiga bulan berusaha mengumpulkan botol dan besi buruk di pekarangan istana dan memperoleh wang hasil menjual barangan itu, Seri Paduka Baginda akhirnya dapat membeli basikal idaman.

"Untuk tiga bulan, saya kutip botol dan besi buruk di pekarangan istana. Botol dan besi buruk itu saya jual pula pada orang karung guni. Satu botol lima sen, satu kati besi buruk tiga sen.

"Rasanya sangat puas, (basikal) disimpan di dalam bilik tidur saya dan hari-hari saya polish (gilap). Satu hari, Almarhum (Sultan Iskandar) bertanya mana saya dapat duit beli Chopper itu, dan saya ceritakan. Almarhum tahu saya pandai cari duit sendiri.

"Apa yang penting ialah hasil titik peluh, inisiatif dan ketekunan, walaupun kena kutip botol dan besi buruk sekalipun, ¡a tetap satu usaha menuju kejayaan," titah Seri Paduka Baginda dalam perkongsian berkenaan.

Selain basikal itu, motosikal Harley Davidson bercorak belang harimau yang sering digunakan Sultan Ibrahim dalam siri jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) dan program Minggu Permotoran Malaysia 2013 juga dipamerkan.

Turut menjadi tarikan pada pameran itu, kereta beroda tiga Morgan buatan British yang direka khas bersempena dengan KMJ 2017 mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim ketika menjelajah ke beberapa daerah di Johor.

Kenderaan unik berwarna hijau pucuk pisang, tidak berpintu dan tanpa bumbung itu diletakkan di tengah-tengah galeri pameran yang turut menempatkan beberapa koleksi peribadi lain Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Menerusi pameran itu juga, pengunjung berpeluang melihat Mahkota Kerajaan Johor dan Mahkota Permaisuri yang digunakan semasa Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor pada 2015 dan kali pertama ia dibawa keluar dari negeri berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 4 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara