web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangka Hayat Stok Vaksin Dilanjutkan - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 7:05PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangka hayat stok vaksin yang berada dalam simpanan Kementerian Kesihatan akan dilanjutkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, lanjutan jangka hayat tersebut juga terpakai kepada stok yang akan diterima daripada pengilang dalam masa terdekat.

Jelasnya, KKM turut meluluskan permohonan variasi Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengemaskini tempoh jangka hayat produk bagi vaksin COVID-19.

Lanjutan tempoh jangka hayat produk itu katanya, telah diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang.

“Bagi vaksin Coronavac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection, tempoh tambahan selama enam bulan daripada tarikh asal yang dicetak pada label vial.

“Kedua-dua pek satu dan dua dos Coronavac, perlu disimpan pada suhu dua hingga lapan darjah Celsius,” katanya hari ini.

Sementara itu  bagi vaksin bagi Comirnaty dengan nombor pendaftaran MAL21016022AZ dan MAL21036039ASZ pula, tambahan jangka hayat adalah tiga bulan dari tarikh asal yang dicetak pada label vial.

“Manakala bagi dua vaksin tersebut, vaksin perlu disimpan pada suhu -90 darjah Celsius sehingga -60 darjah Celsius.

“Kelulusan pelanjutan jangka hayat tersebut juga terpakai kepada semua stok secara retrospektif sebelum permohonan variasi ini diluluskan,” ujarnya lagi.

Dr Noor Hisham memaklumkan bagi orang ramai yang ingin mengetahui informasi lanjut mengenai nombor kelompok yang terlibat boleh melayari laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my.

“KKM juga sentiasa komited dalam memastikan vaksin COVID-19 adalah berkualiti, selamat dan berkesan,” katanya. - Getaran, 16 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 7 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka