web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Perintah Anak Angkat Siti Bainun Diserah Pada JKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:24PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang merupakan anak angkat pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili ibu remaja berkenaan ketika ditemui pemberita berkata Majistret Norfarahain Roslan memutuskan demikian, selepas mendengar hujahan daripada peguam dan keterangan saksi iaitu ibu kandung remaja itu.

“Ibu kandung remaja itu tidak membantah anaknya diserahkan kepada JKM tetapi bukan kepada Siti Bainun. Mahkamah kemudian mengarahkan remaja itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Rembau di Negeri Sembilan sehingga usia 18 tahun, berserta syarat keluarga boleh melawat dua bulan sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pendengaran permohonan Siti Bainun dan ibu remaja berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas remaja itu.

Megat Syazlee berkata mahkamah kemudian menetapkan 1 Disember ini untuk pendengaran permohonan Siti Bainun dan seorang lagi ibu bagi mendapatkan hak penjagaan dua kanak-kanak.  

Sementara itu, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, 29, berkata anak guamnya juga tidak membantah untuk menyerahkan remaja itu kepada JKM.

Menurut peguam itu, anak guamnya turut membaca pernyataan di dalam mahkamah antaranya menyatakan mana-mana pihak yang menjaga remaja berkenaan perlu memastikan keselamatan, kesihatan, dan pendidikannya dengan baik.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret menolak permohonan Siti Bainun dan dua ibu kandung untuk mendapatkan hak penjagaan dua kanak-kanak, masing-masing berumur tiga dan dua tahun.

Pada 2 Ogos lepas, Siti Bainun dan empat ibu kandung memfailkan permohonan melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak yang diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai lepas dibatalkan serta-merta, di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siti Bainun dan empat ibu kandung itu memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka