web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Premis Hiburan Guna Lesen Restoran Diserbu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:59PM

Sebuah pusat hiburan diserbu polis kerana melanggar SOP dalam OP Noda/OP COVID-19, Jumaat lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Taktik sebuah premis hiburan menggunakan lesen restoran terbongkar selepas diserbu pihak polis dalam OP Noda/OP COVID-19, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata, polis turut mengesan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 bagi negeri Sabah.

Menurut beliau, operasi berkenaan dijayakan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

"Serbuan ke atas premis berkenaan mendapati ia menggunakan lesen restoran tetapi menjalankan operasi perniagaan bercorak pusat hiburan, sekali gus melanggar syarat lesen yang dikeluarkan Majlis Daerah Lahad Datu.

"Dalam operasi berkenaan, premis itu didapati gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran masuk, selain tidak mewajibkan pelanggan untuk melengkapkan vaksinasi," katanya.

Rohan berkata, dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut serta dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PPN Fasa 4.

"Polis juga melancarkan gerakan mengesan pemilik sebenar premis," katanya.

Polis juga jelas beliau, turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM10,500 kepada tujuh pengunjung yang terdiri daripada dua wanita dan lima lelaki berusia antara 24 hingga 40 tahun.

Katanya, enam daripada mereka dikenakan kompaun kerana gagal mendaftar dalam aplikasi MySejahtera atau buku daftar masuk, manakala seorang lagi dikompaun kerana masuk ke premis tanpa melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Dalam operasi tersebut, pasukan polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk hiburan termasuk sebuah monitor, alat pembesar suara dan komputer.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan)," katanya. - Getaran, 16 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka