web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Daftar Secara Walk-In Dos Penggalak Mulai Isnin Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2021 12:39PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) bersetuju membenarkan pengambilan suntikan dos penggalak secara walk-in bermula Isnin depan.

Menurut jurucakap CITF-B, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam bersetuju melaksanakan kaedah itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Katanya, pendaftaran secara walk-in dibuka bagi individu yang layak pemberian dos penggalak dan mereka yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum temu janji.

“Selain itu, pendaftaran ini turut akan dilaksanakan bagi individu yang belum menerima dos pertama atau kedua vaksin COVID-19.

“Individu yang terlepas temu janji vaksin dan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi juga boleh berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.

“Turut diberi keutamaan individu berusia 40 tahun ke atas, individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.

“Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang, ibu hamil dan keperluan ke luar negara juga diberi keutamaan,” katanya.

Menurut CITF-B, pendekatan tersebut akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.

Katanya, mereka yang berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit.

“Namun ini akan dilakukan sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

“Pendekatan seumpama ini juga akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima,” katanya.

Katanya lagi, selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan juga e-mel.

“Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPC yang menyediakan perkhidmatan walk-in, telefon dan e-mel untuk daftar temu janji melalui laman sesawang www.protecthealth.com.my bermula 22 November ini,” katanya.

CITF-B turut memaklumkan sehingga kini, lebih satu juta dos penggalak diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara.

“Kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan pemberian dos penggalak bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima dapat dicapai.

“Dapatkan janji temu vaksin anda dengan segara,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka