web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mejar Mohd Fareez Selamat Jalani Pembedahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Nov 2021 2:50PM

Mohd Fareez Omar selamat menjalani pembedahan malam tadi dan kini ditempatkan di ICU HSJ untuk pemerhatian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Selasa lepas selamat menjalani pembedahan malam tadi.

Bapa Mohd Fareez, Omar Deros, 62, berkata anaknya menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian pinggang dan tulang belakang bermula 7.30 malam di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan selesai empat jam kemudian.

"Alhamdulillah, Fareez (Mohd Fareez) selamat menjalani pembedahan malam tadi dan menurut pihak TUDM, sekarang ini dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ untuk pemerhatian rapi pasukan doktor.

"Tengah hari semalam saya berpeluang berjumpa Fareez di ICU dan dia dalam keadaan stabil namun masih lemah. Kami sempat berbual dan dia maklumkan sakit di bahagian pinggang dan belakang namun dia okey," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Omar yang juga pesara tentera berpangkat Mejar berkata mereka sekeluarga bersyukur pembedahan Mohd Fareez yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu berjalan lancar.

Beliau berharap Mohd Fareez, 33, yang berkhidmat di Pangkalan Udara Butterworth kembali sihat dan bertugas semula kerana anaknya itu sememangnya bercita-cita menjadi juruterbang TUDM sejak kecil.

"Kami sekeluarga terima kejadian ini sebagai ujian namun dalam masa sama bersyukur kerana keadaan Fareez stabil dan selamat dalam pembedahan. Saya dan isterinya hari ini berharap dapat tengok dia di hospital bagi melihat keadaan selepas pembedahan," katanya.

Omar yang tinggal di Selangor berkata beliau akan berada di rumah Mohd Fareez di kuarters TUDM di sini sehingga anaknya sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selain membantu isteri Mohd Fareez menjaga dua anak mereka.

Ditanya sama ada Mohd Fareez telah mengetahui tentang Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang  terkorban dalam kejadian itu, Omar berkata beliau langsung tidak berbual mengenainya ketika berjumpa dengan anaknya semalam.

"Setakat ini kami memang tidak maklumkan kerana dia masih dalam keadaan sakit, mungkin tunggu dia sihat sedikit baru kita beritahu Fareez kerana bimbang kesihatannya," katanya.

Dalam kejadian pada 10.07 malam itu, kedua-dua juruterbang berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka