web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ramai Kecewa Program Sarapan Percuma Dihentikan, Beri Impak Malnutrisi Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 3:08PM

Kementerian Pendidikan memaklumkan Program Sarapan Percuma untuk semua murid sekolah rendah di seluruh negara akan dihentikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan tidak meneruskan Program Sarapan Percuma (PSP) untuk semua murid sekolah rendah di seluruh negara pada sesi persekolahan tahun depan terus mengundang kecaman pelbagai pihak.

Setiausaha Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gandipan Nantha Gopalan berkata, keputusan itu hanya akan memberi impak negatif berterusan kepada masalah nutrisi kanak-kanak di negara ini.

“Dalam satu laporan yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2018, Malaysia didapati sedang berdepan masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.

“Malaysia didapati antara yang paling teruk mengalami isu ini jika dibandingkan dengan negara ASEAN lain. Data juga menunjukkan rakyat Malaysia memang mempunyai cabaran dalam mendapatkan makanan berkhasiat,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak harus mengamalkan diskriminasi dari segi pendapatan keluarga dalam pelaksanaan program tersebut.

“Setiap murid harus diberi sarapan berkhasiat secara percuma supaya tidak berlaku perpecahan antara mereka, yang mungkin mengakibatkan perasaan kecil hati atau rendah diri.

“Hubungan silaturrahim antara murid dari pelbagai jenis keluarga harus dipupuk melalui program ini, bukan sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, Gandipan turut membidas tindakan kerajaan meluluskan pertukaran kereta rasmi kerajaan dan ‘mewujudkan’ jawatan bertaraf menteri tetapi memilih tidak meneruskan program bermanfaat itu kepada murid-murid sekolah.

“Apabila kerajaan hari ini dapat menukar kereta rasmi kerajaan dan melantik beberapa ahli politik dengan kerusi timbalan menteri dan posisi taraf menteri, tidak boleh ada justifikasi dari sudut fiskal untuk enggan melaksanakan program sarapan percuma ini kepada kanak-kanak kita,” katanya.

Keputusan berkenaan turut dibantah netizen yang tampil meluahkan kekecewaan mereka di Twitter.

“Sarapan pagi amat penting untuk kesihatan murid sekolah dan juga amat penting untuk membantu mereka yang tidak berkesempatan bersarapan di rumah.

“Bagaimana kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan #KeluargaMalaysia menidakkan usaha PSP ini. Menteri semua tidak sarapan pagi ke,”soal Junaidy Hanafi.

“Sarapan pagi penting untuk anak-anak sebelum memulakan pelajaran. Bayangkan yang tak bersarapan pukul 9.30 pagi hingga 9.45 pagi baru boleh makan? Harap kerajaan hari ini kaji balik cadangan YB Maszlee,” kata seorang lagi pengguna dikenali sebagai SarifulR.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan bertulis kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik Isnin lalu memaklumkan, Kabinet dalam mesyuarat pada 15 Januari tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan PSP.

Sebaliknya beliau berkata, KPM akan meneruskan pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) bagi murid B40.

Bagaimanapun Maszlee menyifatkan program RMT dan PSS hanya disasarkan kepada murid daripada keluarga B40, sedangkan program sarapan pagi itu diberikan percuma untuk semua murid di sekolah rendah.

“Buat rakyat Malaysia dan guru, saya telah mencuba, saya telah perjuangkan. Malangnya KPM dan menterinya tidak berminat untuk melaksanakan PSP,” katanya dalam nada kecewa.  - Getaran, 18 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

2

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah Setuju Debat Tapi Batal, Rafizi Kata PN Cuma Pandai Sembang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceramah UAI Ditangguh Untuk Susun Semula Jadual Masjid - JAWI

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka