web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ceramah UAI Ditangguh Untuk Susun Semula Jadual Masjid - JAWI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 1:02PM

Ustaz Azhar Idrus - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Penangguhan program kuliah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus di sebuah masjid di sini dilakukan kerana pihak masjid perlu membuat penyusunan semula jadual kuliah.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) berkata, pihak Masjid Saidina Othman Ibnu Affan Bandar Tun Razak telah membuat pemakluman lebih awal berhubung penangguhan undangan kepada penceramah.

Menurut beliau, ia bagi membolehkan jadual pengkuliahan membabitkan penceramah dan tenaga pengajar disusun semula, dengan mengambil kira beberapa acara utama.

“Justeru isu pembatalan adalah tidak berbangkit sama sekali.

“Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak,” katanya.

Jelas jurucakap itu, JAWI komited untuk memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pengkalan ibadah, pusat ilmu dan penyatuan masyarakat.

“Ia berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan Garis Panduan Program Pengajian Serta Pengimarahan Masjid dan Surau di Wilayah-Wilavah Persekutuan,” katanya.

Azhar atau lebih dikenali sebagai UAI dijadualkan mengadakan ceramah di masjid terbabit hari ini.

Ceramah UAI yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas faktor tertentu - gambar Facebook
Ceramah UAI yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas faktor tertentu - gambar Facebook

Bagaimanapun pengendali akaun Facebook beliau dua hari lalu menerusi satu perkongsian di media sosial itu memaklumkan, ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliah maghrib perdana UAI  yg akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya. - Getaran, 16 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah