web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2024 8:12AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih 72 jam berlalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, masih gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.

Pasukan SAR yang meneruskan operasi sejak 9.30 pagi pada hari ketiga semalam dengan kekuatan 104 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan serta pihak berkuasa gagal membuahkan sebarang hasil walaupun telah melakukan menjalankan pencarian semula di lima daripada enam lurang kumbahan Indah Water Konsortium (IWK).

Ekoran itu, satu mesyuarat diadakan oleh agensi terbabit seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta IWK dengan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Hasilnya, mesyuarat memutuskan untuk melakukan teknik 'flushing' di lurang lima dan enam iaitu berhampiran Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar serta berdekatan Bulatan Kinabalu setelah mendapati arus di kedua-dua lokasi agak perlahan dipercayai disebabkan ada sekatan atau reruntuhan puing.

Operasi malam tadi, yang diselaras oleh pasukan IWK masih berjalan.

Insiden itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang memberi jaminan SAR akan diteruskan.

Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman turut menyatakan pasukan SAR tidak menetapkan sebarang tempoh pencarian dan ia akan diteruskan sehingga mangsa ditemukan.

Sementara itu, penghuni di 160 unit di Flat Malayan Mansion yang dianggarkan lebih 800 orang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan mereka berikutan jarak insiden tanah jerlus Jumaat lepas berlaku tidak sampai 50 meter dari kediaman mereka.

Maimunah pula memberi jaminan situasi di Kuala Lumpur termasuk Jalan Masjid India adalah selamat dan tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan ibu kota berdepan ancaman insiden 'giant sinkhole' pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menubuhkan pasukan khas yang dianggotai oleh agensi berkaitan termasuk Jabatan Geologi dan Jabatan Kerja Raya untuk melihat serta mengkaji keadaan itu. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa Tanah Jerlus

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis