web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2024 8:38AM

Petugas IWK dan anggota bomba menggunakan jentera mesin jetter bagi memecah sisa batuan yang terdapat di lokasi kejadian operasi SAR wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Memasuki hari keempat, usaha mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas terus dipergiat dengan penggunaan kaedah jetting.

Mesin jetter, atau jet pembetung berkuasa tinggi, milik Indah Water Konsortium (IWK) digunakan bagi memecah sisa batuan yang dikesan pada kedudukan empat meter selepas lurang di lokasi insiden di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini.

Operasi diteruskan malam tadi dengan mesin jetter digunakan untuk menyembur air bertekanan 3,000 PSI bagi memecah sisa batuan agar pasukan SAR boleh melihat jika terdapat sebarang objek asing termasuk mangsa yang tersangkut pada sisa batuan itu.

IWK turut melaksanakan teknik flushing di semua lurang sekitar lokasi kejadian selain pemantauan di Loji Kumbahan IWK Pantai Dalam namun gagal menemukan sebarang petunjuk.

Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah untuk segera menjalin kerjasama secara dekat dengan pakar geologi dan infrastruktur bagi menilai serta mengurangkan sebarang risiko insiden tanah mendap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif untuk mengenal pasti tindakan segera yang dilaksanakan dan strategi jangka panjang.

Beliau berkata pihak Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL juga akan memperkukuh prosedur operasi standard pembangunan dengan memastikan kajian geoteknik oleh jurutera bertauliah dikemukakan di peringkat lebih awal iaitu permohonan kelulusan perancangan.

Dr Zaliha berkata beliau juga berkomunikasi dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia BN Reddy mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berasal dari negara itu.

Jabatan Imigresen pula telah melanjutkan visa kepada empat ahli keluarga iaitu suami, anak dan dua ahli keluarga mangsa insiden tanah jerlus itu selama sebulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Arvend Applasamy selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa di lokasi kejadian semalam, selain menyampaikan bantuan dan salam takziah daripada Ahmad Zahid.

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa Tanah Jerlus

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Sukan 21 jam yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB