web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2024 8:26AM

Nga Kor Ming - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi terlibat serta syarikat utiliti bekerjasama melaksanakan pemetaan utiliti bawah tanah, dalam mesyuarat kementeriannya pada minggu ini.

Nga berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya dan pelbagai agensi terlibat supaya mempunyai pemetaan utiliti atau kemudahan di bawah tanah.

"Di atas tanah kita boleh nampak, bawah tanah tak nampak tetapi itu (pemetaan utiliti) penting kerana tanpa kemudahan bawah tanah utiliti semua tak sampai seperti air, elektrik, Internet, tangki najis semua di bawah tanah.

"Sebab itu esok apabila saya kembali ke pejabat, saya akan bangkitkan pada mesyuarat kementerian pada minggu ini," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Makan Malam DAP Perak di sini malam tadi.

Kelmarin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata DBKL, agensi terlibat serta syarikat utiliti disaran bekerjasama dalam membuat pemetaan utiliti bawah tanah bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku terutama ketika pembangunan sesuatu projek.

Fahmi berkata pemetaan utiliti itu penting bagi melihat keadaan di bawah tanah dengan kebanyakannya mempunyai saluran perpaipan dan kabel elektrik yang ada kalanya tidak dipetakan pihak utiliti.

Sementara itu, Nga berkata kejadian tanah jerlus di Kuala Lumpur adalah di bawah bidang kuasa DBKL dan beliau masih menunggu laporan berkenaan kes itu, namun menegaskan KPKT telah mengerahkan segala kepakaran anggota bomba untuk menyelamatkan pelancong warga India terbabit.

"Kami bersimpati dengan apa yang berlaku pada beliau, kami sedang melakukan yang terbaik, saya tahu cabarannya sangat besar khususnya ini melibatkan pelbagai aliran bawah tanah yang mengandungi gas beracun dan lain-lain," katanya.

Pada Jumaat lepas, seorang pelancong wanita dari India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus semasa berjalan di hadapan Malayan Mansion pada 8.22 pagi.

Dalam perkembangan sama, Nga berkata beliau telah mengarahkan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin supaya melihat kembali semua kawasan berpotensi tanah jerlus di Ipoh dengan memanggil satu mesyuarat segera bagi memeriksa keselamatan di kawasan berkenaan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

Terdahulu, pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan papan tanda keselamatan di Jalan Kamaruddin Isa di Taman Fair Park di sini berdekatan kawasan kerja naik taraf kelubung oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berikutan kejadian jalan retak dan berlubang. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa Tanah Jerlus

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 11 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa 21 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos