web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kedah Tuntut Pampasan Kerajaan Persekutuan, Upah Kekalkan Hutan Simpan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 2:52PM

Muhammad Sanusi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Selepas membuat tuntutan sebanyak RM100 juta setahun untuk bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebelum ini, kerajaan negeri Kedah sekali lagi merasakan mereka layak menerima jumlah yang sama daripada kerajaan Persekutuan sebagai pampasan terhadap komitmen mengekalkan hutan simpan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, nilai itu dirasakan sebagai paling munasabah setelah mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan, kos untuk penyelenggaraan sumber dan aliran demi kelestarian alam semula jadi.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menzahirkan persetujuan oleh kerajaan Persekutuan untuk memberi pampasan kepada negeri yang mengekalkan kawasan hutan simpan sebagai kawasan tadahan.

“Mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan, kos penyelenggaraan dan aliran, nilai sekurang-kurangnya RM100 juta setahun adalah paling munasabah untuk pampasan bagi negeri Kedah,” katanya hari ini.

Muhammad Sanusi mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam, mengenai persetujuan kerajaan bagi memberi pampasan kepada negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air dan melindunginya dari sebarang kegiatan pembalakan haram.

Sebelum pembentangan Bajet 2022 pada bulan lalu, Muhammad Sanusi turut mendedahkan bahawa kerajaan negeri ada membuat permohonan daripada kerajaan Persekutuan agar jumlah royalti pajakan Pulau Pinang dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM100 juta setahun.

Permohonan itu diminta untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet tersebut namun Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu, langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, langkah Kedah mengekalkan kawasan hutan simpan bukan semata-mata untuk manfaat negeri ini tetapi juga sebagai satu pengorbanan untuk seluruh negara.

“Ini kerana fungsi kawasan tadahan daripada hutan simpan di Kedah adalah untuk pengairan tanaman padi bukan hanya di negeri ini, malah di Pulau Pinang dan Perlis.

“Kedah juga membekalkan 43 peratus daripada keperluan beras nasional. Itu amat membantu kerajaan Persekutuan menjimatkan kos import bahan makanan asasi tersebut dari luar negara,” katanya.

Tambahnya, kawasan tadahan air di Kedah khususnya Hutan Simpan Hulu Muda seluas 163,000 hektar turut membekalkan air kepada Pulau Pinang.

Negeri jiran itu katanya mengabstrak 1,100 juta liter air sehari (mld) dari Sungai Muda berbanding rakyat Kedah sendiri yang menggunakan hanya 800 juta mld sehari dari sungai sama.

“Lapan puluh peratus air kegunaan Pulau Pinang setiap hari adalah diabstrak dari Sungai Muda.

“Kerajaan Pulau Pinang bagaimanapun bukan saja tidak pernah membayar, malah surat-surat dihantar untuk ajak runding juga tidak pernah dijawab.

“Terdapat kos untuk penyelenggaraan dan pengekalan sumber air termasuk kawasan tadahan ini.

“Pembayaran pampasan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh kerajaan dan rakyat negeri Kedah sejak sekian lama,” katanya. - Getaran 22 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

3

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Luar Negara 1 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Semasa 8 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar