web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


24 Pelajar Maktab Mahmud Positif, Cetus Kluster Dah Pelangi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 8:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 24 pelajar Maktab Mahmud Sik disahkan positif COVID-19, sekali gus mencetuskan kluster baharu melibatkan institusi pendidikan di negeri ini, dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kesemua 24 individu yang disahkan positif itu merupakan pelajar lelaki di sekolah berasrama yang terletak di Taman Pelangi Jaya di Sik. 

“Semua kes kluster ini dikesan setelah beberapa pelajar didapati mengalami gejala bermula 28 November 2021.

“Pihak pengurusan sekolah lalu melakukan saringan bersasar kepada pelajar dan setiap kes mula didaftarkan positif pada hari ini,” katanya di sini, hari ini. 

Menurutnya, punca penularan jangkitan masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik. 

“PKD telah menjalankan isolasi dan pemerhatian kepada kes positif manakala kesemua kontak rapat yang dikenal pasti pula diarahkan menjalani kuarantin. 

“Selain itu notis penutupan sekolah juga telah diberikan bermula hari ini hingga kerja-kerja basmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan,” katanya. 

Tambahnya, setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 38 individu telah menjalani saringan namun hanya 24 disahkan positif manakala selebihnya negatif. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 6 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 7 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik