web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bau Menusuk, Panorama Memikat, Pengunjung Banjiri Loji Kumbahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 12:49PM

Pokok kemeling yang ditanam di sebuah kolam kumbahan dekat Jalan Bakar Sampah, Paya Nahu, Sungai Petani, menarik perhatian ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Meskipun baunya agak 'menusuk', keadaan itu tidak langsung menghalang orang ramai untuk hadir dan bergambar di sebuah kolam kumbahan dekat Jalan Bakar Sampah, Paya Nahu di sini.

Tinjauan di media sosial mendapati, lokasi tersebut kini cukup popular dengan segelintir individu dilihat cukup seronok untuk mengabadikan gambar mereka di kolam tersebut yang dipenuhi dengan bunga kemeling.

Malah ada dalam kalangan individu berkenaan menyifatkan pemandangan itu seperti berada di luar negara hingga menyebabkan mereka tidak kisah dengan bau-bauan yang 'melekat' di baju masing-masing, setelah menghampiri kolam kumbahan tersebut.

Pokok kemeling ditanam berhampiran loji itu kerana akarnya boleh menyerap bau busuk.
Pokok kemeling ditanam berhampiran loji itu kerana akarnya boleh menyerap bau busuk.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, kolam tersebut sebenarnya terletak di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Sebelum ini timbul isu berkaitan bau dan kekotoran di kawasan itu. Bagi mengatasi isu tersebut, teknologi kawalan kimia boleh digunakan namun kosnya agak tinggi.

"Justeru MPSPK dan JPS memutuskan untuk menggunakan kaedah semula jadi di situ bagi meneutralisasikannya. Sebab itu mereka letak pokok kemeling kerana pokok dan akarnya boleh menyerap bau busuk," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak MPSPK dan JPS bagaimanapun tidak menyangka bahawa persekitaran yang cantik di kawasan itu akan menarik kehadiran ramai pengunjung ke situ untuk bergambar.

"Jadi mereka letakkan tali keselamatan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke tapak simen dalam kawasan kolam kumbahan itu.

"Semua itu dibuat demi faktor keselamatan namun setakat ini, orang ramai tidak dihalang untuk bergambar di bahagian tepi kolam tersebut," katanya. - Getaran 15 Disember 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 18 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran