web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nama Tiada Dalam Senarai? Janji Temu Vaksinasi Dibatalkan - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 5:06PM

Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Janji temu mereka yang tidak tersenarai dalam fasa pertama penerima vaksin COVID-19 telah dibatalkan susulan aduan pemberi maklumat berkaitan isu memotong giliran, kata  Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kira-kira 200 aduan telah diterima berkaitan isu memotong giliran senarai penerima vaksin setakat ini dan dalam satu aduan pada 4 Mac, terdapat juga senarai mereka yang tidak tergolong dalam fasa pertama.

"Apabila saya semak jawapan yang diberi, mereka sudah selesai beri suntikan kepada barisan hadapan kesihatan maka mereka tambah individu daripada agensi yang tidak tersenarai dalam fasa pertama.

“Atas aduan tersebut kita telah membatalkan semua janji temu daripada mereka yang tidak tersenarai dalam fasa pertama," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini.

Khairy berkata antara aduan yang turut diterima adalah berkaitan staf bahagian kecemasan hospital yang tidak tersenarai sebagai penerima fasa pertama, namun isu itu telah diperbetulkan.

"Sistem whistle-blower (pemberi maklumat) ini memberi kesan dan membolehkan kerajaan membuat pembetulan kepada beberapa insiden," katanya.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan dos-dos yang sepatutnya diberikan kepada barisan hadapan namun dirancang diberikan kepada mereka yang tidak tersenarai sebagai barisan hadapan, diagihkan semula ke kawasan yang belum selesai proses vaksinasi bagi barisan hadapan.

Mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy berkata seramai 139,720 orang telah diberi vaksin dos pertama jenis Pfizer-BioNTech.

Seramai 3,832,976 orang telah mendaftar untuk program imunisasi itu, dengan 3,658,538 daripadanya mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, 173,575 melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my dan 863 melalui talian penting, katanya.

Lima negeri mencatat vaksinasi tertinggi iaitu Sarawak dengan 22,140 orang, diikuti Pahang (14,473), Selangor (12,336), Kelantan (11,927) dan Sabah (11,739).

"Pendaftaran akan terus meningkat dan kita sasar lima juta pendaftaran dalam dua minggu lagi terutama pendaftaran tanggungan dalam aplikasi MySejahtera dilancarkan pada 12 Mac ini, yang membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 13 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 8 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir