web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 8:35AM

Khairy Jamaluddin menjadi sasaran kecaman selepas mempertikaikan genosid di Gaza. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang sememangnya terkenal dengan kelantangan suara nampaknya tersilap langkah kali ini.

Gara-gara terlalu ‘ghairah’ mengkritik kerajaan berhubung isu BlackRock, beliau menjadi sasaran kecaman selepas mempertikaikan genosid di Gaza.

Menerusi jawapan balas kepada satu komen di media sosial, Khairy dilihat mempertahankan tindakan kerajaan sebelum ini yang membenarkan kemasukan BlackRock ke Malaysia, kerana ketika itu genosid katanya masih belum berlaku di Palestin.

“Masa tu dah ada genocide sepertimana sekarang di Gaza? Teruskan usaha anda menjadi enabler kepada genocide. Tahniah,” katanya.

Kenyataan Khairy itu ditujukan kepada seorang netizen yang menggunakan akaun @adhamfazuan di Instagram.

Adham menerusi komen tersebut mempertikaikan tindakan Khairy yang hanya berdiam diri dalam isu BlackRock ketika masih bergelar menteri.

“Masa awak dalam Kabinet, BlackRock memang dah start invest dalam company-company besar Malaysia. Masa tu awak kat mana? Bantal empuk sangat kan,” katanya, sinis.

Susulan kenyataan dibuat Khairy, ramai netizen bingkas menyelar bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Antaranya ialah aktivis politik, Najib Bakar yang memuat naik bebenang di X.

“Amboi @Khairykj terpaling sangat dah, rupanya kantoi dialah ejen BlackRock, enabler yang sebenar. Pertama sekali, genocide di sana tu dari dulu dah ada bang. 

“Waktu hang dilantik jadi Director di CGS Securities tu, dah berlaku genocide yang hang maksudkan tu pun. Ianya bermula Oktober 2023. Tengok siapa pemilik saham CGS Securities?” katanya yang turut memuat naik keratan memaparkan senarai pemegang saham BlackRock.

Jelas Najib, minuman ringan Vida yang melantik Khairy sebagai duta juga merupakan antara syarikat pegangan BlackRock.

“Pastu (lepas itu) yang hang jadi model minuman Vida tu, Vida di bawah DyDo Group. Siapa antara pemilik saham DyDo? BlackRock jugak,” katanya. 

Tegas aktivis itu lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2021 turut terlibat memberikan dana syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dilaburkan BlackRock.

“La ni (sekarang) hang nak cakap apa? Nak buat taktik macam taktik baling member podcast hang bawah bas lagi ka,” selarnya. - Getaran, 22 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah