web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 10:32AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengemukakan permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia).

“Apabila situasi haji kembali normal selepas pandemik COVID-19, kita akan mendapat kuota haji itu untuk jemaah kita,” katanya kepada media Malaysia pada penghujung lawatan rasmi empat harinya ke negara itu.

Muhyiddin berkata Putera Mahkota memberi jaminan dan jawapan positif terhadap permohonan itu kerana Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku yang baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

Makkah dan Madinah juga masih dalam proses perluasan bagi menampung lebih ramai jemaah pada masa hadapan, kata perdana menteri.

Menurut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa ini ialah 31,600.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia perlu bersabar kerana bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu tahun lepas sangat terhad berikutan pandemik global itu.

Beliau berkata ada beberapa berita baik hasil daripada pertemuan itu kerana Malaysia dan Arab Saudi telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah yang akan memudahkan proses prapelepasan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Ini termasuk urusan penerbangan, pemeriksaan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik yang lain.

“Jemaah Malaysia tidak perlu lagi menunggu berjam-jam lamanya semasa pemeriksaan imigresen di negara ini. Mereka boleh terus pergi ke bas-bas yang menunggu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 8 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar