web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 1:37PM

Wartawan antarabangsa melawat kilang memproses air zamzam dan Pusat Perkhidmatan Kad Nusuk di Makkah. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Pengamal media antarabangsa yang diundang Saudi Press Agensi (SPA) untuk membuat liputan musim haji tahun ini dibawa melawat beberapa lokasi penting untuk menyaksikan pelbagai inisiatif, program dan kemudahan yang disediakan kepada jemaah haji kali ini.

Satu daripadanya ialah Pusat Perkhidmatan Kad Nusuk di sini yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kad pintar berteknologi tinggi berkenaan kepada semua jemaah haji yang telah mendapat visa haji.

Kad berkenaan akan memudahkan pihak berkuasa haji, pekerja haji dan agensi penguat kuasa lain mengenal pasti dan mengesahkan identiti setiap jemaah dengan pantas serta menghalang mana-mana individu tidak berkenaan memasuki semua kawasan suci sempena musim haji.

Menurut Timbalan Pengurus Projek Kad Nusuk Dr Esam Qattani dengan kemudahan itu berupaya melicinkan pergerakan dan meningkatkan tahap keselamatan jemaah ketika melaksanakan ibadah di semua kawasan suci.

"Tiada siapa dibenarkan memasuki kawasan suci semasa musim haji kecuali mereka yang memiliki Kad Nusuk...setakat ini mereka yang sudah tiba di Makkah (dengan Visa Haji) atau 95 peratus daripadanya sudah menerima Kad Nusuk," katanya kepada pemberita semasa memberi taklimat berkenaan kemudahan itu di sini.

Menurut Essam, setakat ini sebanyak 1.7 juta Kad Nusuk sudah dikeluarkan kepada jemaah haji serta menegaskan pihak berkuasa daripada pelbagai agensi keselamatan amat mudah mengesan kad palsu jika ada cubaan memalsukan kemudahan itu.

Sementara itu, pengamal media turut dibawa melawat Zamazemah Co., iaitu satu daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan kerajaan Arab Saudi untuk memproses air zamzam bagi diedarkan secara percuma kepada setiap jemaah haji musim ini.

Pengurus kilang syarikat berkenaan, Abdulelah Muneef berkata pihaknya berupaya mengeluarkan 240,000 botol minuman air zamzam 330ml setiap hari dan menyasarkan mengeluarkan 1.8 juta karton air zamzam pada musim haji kali ini.

Beliau berkata sumber air zamzam mentah dari telaga zamzam yang dibawa ke kilang itu akan diproses secara teliti untuk memastikan kualiti dan keselamatannya berada pada tahap tertinggi seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan kerajaan Arab Saudi.

"Tugas kami bukan sahaja memproses dan mengeluarkan air zamzam tetapi juga untuk memastikan setiap jemaah haji musim ini akan memperoleh 20 puluh botol (satu karton) air zamzam," katanya.

Pada musim haji kali ini, seramai 21 wartawan dan jurufoto mewaliki 10 agensi berita dari tujuh buah negara diundang oleh SPA untuk membuat liputan haji kali ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

4

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Sukan 15 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang