web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Kluster Baharu Sektor Pendidikan Dikesan di Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 9:24PM

Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengadakan ujian saringan COVID-19 kepada pelajar di Maktab Mahmud Pendang, Kedah. - Gambar dari Facebook Dato' Dr Mohd Hayati Bin Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tiga kluster baharu COVID-19 yang membabitkan sektor pendidikan direkodkan di Kedah, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster berkenaan di negeri itu adalah enam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo, berkata tiga kluster itu adalah Kluster Dah Padang Halban di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu; Kluster Dah Sungai Kob di SMK Sungai Kob dan Kluster Dah Sungai Limau di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saadah Al-Diniyah Al-Islamiyah, Yan. 

Katanya, daripada ketiga-tiga kluster itu, Kluster Dah Sungai Kob mencatatkan kes kumulatif tertinggi, iaitu sebanyak 37 kes. 

“Kluster Dah Padang Halban mencatat kumulatif 25 kes, manakala Kluster Dah Sungai Limau merekodkan kumulatif 27 kes,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Semalam, sebanyak tiga kluster pendidikan dikesan di negeri berkenaan, iaitu Kluster Dah Jalan Pantai membabitkan SMK Kota Kuala Muda, Kluster Dah Penyarom, Maktab Mahmud Pendang dan Kluster Teluk Teduri, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman memaklumkan, Kluster Dah Penyarom mencatatkan jumlah kes positif tertinggi bagi keenam-enam kluster pendidikan di Kedah iaitu, 106 pelajar. 

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 73 pelajar ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Wawasan, 16 di PKRC Kulim dan 17 menjalani kuarantin di rumah masing-masing. 

“Setiap pelajar yang positif tidak akan dibenarkan berada di asrama. Setakat ini jangkitan tersebut hanya melibatkan pelajar dan tidak membabitkan guru,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohd Hayati memaklumkan, terdapat kes penjualan sijil vaksinasi palsu dikesan di negeri ini, baru-baru ini. 

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu kerana kes terbabit masih disiasat pihak berkuasa. - Getaran 19 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar