web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kejadian Puting Beliung Tak Mustahil Berulang - Met Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 3:11PM

Tular video mengenai kejadian puting beliung yang didakwa berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah, di media sosial semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Kejadian puting beliung yang didakwa berlaku di Bukit Kayu Hitam, dekat sini seperti ditularkan di media sosial semalam, tidak mustahil boleh berulang.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Ab. Aziz berkata, fenomena yang turut dikenali sebagai belalai darat itu juga memiliki kebarangkalian untuk berlaku dengan lebih besar dan kuat. 

Justeru katanya, orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan menjauhi kawasan yang dilanda fenomena tersebut. 

"Fenomena ini sering berlaku di utara semenanjung terutamanya di kawasan landai. Sekarang ini cuaca agak panas dengan tiupan angin yang agak kencang dan apabila wujudnya awan kumulonimbus, itu yang menyebabkan berlakunya belalai darat ini. 

"Berdasarkan klip video yang tular itu, kita dapat lihat bahawa kekuatan belalai darat itu sederhana. Jika belalai darat itu kuat, kerosakan dihasilkan akan menjadi lebih teruk termasuk kemungkinan menyebabkan bumbung rumah tercabut," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Sejak semalam, tular di media sosial suasana panik dilalui beberapa individu apabila premis mereka dilanda angin kencang yang turut menerbangkan pasir serta beberapa barangan ringan lain. 

Mengulas lanjut Muhammad Khalil berkata, kejadian sama turut dilaporkan pernah berlaku di Pendang dan Langkawi sebelum ini. 

"Pada 2014, kejadian sama turut pernah berlaku beberapa kali di negeri ini, dalam daerah Kota Setar.

"Kerosakan pada waktu itu lebih teruk dengan bumbung beberapa rumah turut diterbangkan angin dan pokok-pokok juga tercabut," katanya. - Getaran 27 Januari 2022

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 2 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran