web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Naikkan Denda Langgar SOP PKP, Kerajaan Tidak Peka Kesusahan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 9:07AM

Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan pemerintah untuk menaikkan kadar denda dari RM1,000 ke RM10,000 kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuktikan bahawa mereka tidak peka dengan kesusahan rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu jelas perkara yang amat tidak wajar, khususnya jika ia dikenakan kepada pihak yang mungkin secara tidak sengaja melanggar peraturan itu .

Menurut beliau, perlanggaran SOP juga mungkin boleh berlaku akibat kekeliruan.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga telah menyatakan bahawa setakat ini seramai 330 individu telah dikenakan denda RM10,000 tersebut kerana didakwa melanggar SOP PKP. 

"Ini secara tidak langsung menampakkan wujudnya hukuman pilih kasih, kerana terdapat segelintir individu ternama tidak dikenakan tindakan walaupun melanggar peraturan berkenaan," katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, ia mencakupi beberapa ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan yang terbukti dilihat melanggar SOP PKP sebelum ini.

"Ini bukti nyata bahawa kerajaan ini mengamalkan sikap antara dua darjat dalam menguatkuasakan peraturan tatkala rakyat Malaysia terus dimangsakan terus terusan. 

"Kerajaan harus lebih peka dengan nasib dan kepayahan yang ditanggung rakyat saat ini, apatah lagi ramai yang telah kehilangan pekerajaan serta hilang punca pendapatan," tegasnya.

Beliau menarik perhatian, kadar denda yang tidak munasabah itu menampakkan kecenderungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk bersikap autokratik, sejak merampas kuasa tahun lalu melalui rencana yang jelek dan hina. 

"Pernahkah kerajaan ini fikirkan apakah rakyat mampu untuk membayar denda sejumlah RM10,000 sekiranya RM1,000 itu pun mereka tidak mampu? 

"Bagaimana mungkin kita benarkan rakyat Malaysia yang miskin dan sudah dibebankan dengan kepayahan, dikurung di penjara kerana tidak mampu membayar denda? Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini?" soalnya kesal.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan jika kerajaan mutakhir ini, sedia untuk mendengar rintihan rakyat, atau terus bersikap tidak ambil peduli terhadap mereka.

"Apakah kerajaan ini bersedia untuk mendengar rintihan rakyat, atau apakah ia akan terus untuk tidak mempedulikannya sambil terus menyalahgunakan Pengisytiharan Darurat?" katanya. - Getaran, 13 Mac 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 4 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 20 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan