web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bapa 2 Beradik Maut Makan Sisa Tong Sampah Ditahan Polis 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 11:34AM

Bapa kepada 2 kanak-kanak Myanmar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian dua anaknya. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Bapa kepada dua kanak-kanak Myanmar berusia empat dan dua tahun yang meninggal dunia selepas menjamah sisa makanan dari tong sampah dekat Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut semalam, kini berada dalam tahanan pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, lelaki itu yang berasal dari Myanmar dan berusia 36 tahun, ditahan bagi membantu siasatan dalam beberapa aspek. 

"Pertama, dia ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Selain itu dia juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen memasuki negara ini. 

"Ujian urin dijalankan terhadapnya pula mendapati dia positif dadah. Disebabkan itu dia turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang semalam, dua kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Nizambudin, 4, dan Ngei, 2, meninggal dunia tidak lama selepas mereka dipercayai menjamah sisa makanan dari tong sampah. 

Bapa mangsa mendakwa, dia ternampak kedua-dua anaknya berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan mengangkat mereka ke rumah jiran, sebelum mendapati mulut kedua-duanya berbuih hinggalah mereka menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian. 

Shariman memaklumkan, mayat dua beradik itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini untuk dibedah siasat. - Getaran, 14 Februari 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia