web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Beri Duit Beli Dadah, Warga Emas Diterajang Anak Tiri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Feb 2022 10:03PM

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki menendang bapa tirinya di Kampung Ruat, Yan, pagi tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Dek kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah, seorang pesakit mental berusia 29 tahun bertindak melampau dengan menumbuk serta menendang kepala dan belakang bapanya tirinya yang berumur 72 tahun, di Kampung Ruat, Yan dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika suspek bersama ibu dan bapa tirinya itu berada di rumah mereka.

"Suspek dikatakan meminta wang daripada bapa tirinya untuk membeli dadah, namun warga emas itu enggan menuruti kehendaknya menyebabkan pemuda terbabit menjadi berang.

"Berikutan itu suspek menumbuk belakang kepala sebelah kiri bapa tirinya. Dalam keadaan menahan sakit, warga emas tersebut duduk di luar rumah bersama isterinya," katanya kepada Getaran di sini, malam ini. 

Tidak berakhir di situ katanya, suspek sekali lagi mendatangi warga emas berkenaan lalu menendang belakang bapa tirinya itu dengan memakai kasut getah. 

"Susulan kejadian, warga emas terbabit mengadu sakit di bahagian dada dan muka. Difahamkan, ini bukan kali pertama warga emas tersebut dipukul anak tirinya itu atas faktor sama," katanya. 

Klip video memaparkan kejadian berkenaan kini tular di media sosial termasuk di Facebook. 

Mengulas lanjut katanya, suspek sememangnya memiliki kad pesakit mental dan merupakan penagih tegar. 

"Kira-kira jam 6.45 petang tadi, suspek berjaya ditahan di kawasan Lubuk Boi dekat sini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012," katanya. - Getaran 15 Februari 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia