web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Generasi Muda Perlu Singkap Kembali Sejarah Demonstrasi Baling 1974

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 5:48PM

Anwar ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, Baling, hari ini. - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Generasi muda hari ini perlu menyingkap kembali haluan sejarah dalam peristiwa Demonstrasi Baling 1974, bagi dijadikan sebagai panduan dalam perjuangan hidup mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peristiwa itu amat penting untuk difahami agar generasi muda terutamanya mahasiswa, dapat terus memainkan peranan bersuara demi kebaikan negara dan rakyat.

Beliau yang mengetuai demonstrasi dalam kalangan mahasiswa bagi menyuarakan keperitan dihadapi masyarakat luar bandar terutamanya golongan petani ketika peristiwa itu berkata, keprihatinan terhadap rakyat perlu sentiasa ada dalam diri anak muda, terutamanya golongan mahasiswa.

"Dalam peristiwa itu, soal pokoknya adalah kemiskinan. Kami yang muda-muda pada waktu itu terutamanya yang berada di universiti dan baru keluar universiti, tak boleh dengar ini semua.

"Jadi saya dan rakan-rakan kata ayuh kita bangkit dan sokong petani-petani ini. Itu baru jiwa anak muda," katanya ketika berucap dalam Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, dekat sini, hari ini.

Demonstrasi tersebut tercetus pada 19 November 1974 dan kemuncaknya pada 1 Disember 1974 apabila kira-kira 30,000 penduduk berkumpul bagi membantah kejatuhan harga getah.

Selain penduduk, demonstrasi tersebut turut disertai ribuan mahasiswa yang mengambil tindakan sama di ibu kota.   

Harga getah ketika itu jatuh ke paras paling rendah daripada harga biasa iaitu antara hingga 60 sen sekati kepada 15 sen sekati, menyebabkan kalangan penduduk luar bandar berdepan keperitan.

Anwar menambah, anak muda tidak seharusnya duduk dalam kalangan elit dan bersenang-lenang sebaliknya mereka perlu menyuarakan perjuangan rakyat, bagi mewakili hati nurani rakyat.

"Bila rakyat susah, suara mesti dalam kalangan anak muda. Kalau ada pendidikan tetapi tak ada keprihatinan serta jiwa kemanusiaan, nak berjuang macam mana?

"Sekarang semua orang kata nak berjuang tetapi apabila rakyat derita atau miskin, tak ada yang bersuara untuk mereka sebaliknya ramai yang fikir tentang diri sendiri. Tidak seperti 1974, itu sesuatu yang luar biasa dalam sejarah di mana rakyat sendiri bangkit bagi membela golongan miskin," katanya.

Mengimbas kembali perkara itu, Anwar berkata, demonstrasi tersebut menghadirkan kejutan buat kerajaan memandangkan peristiwa itu berlaku hanya kira-kira tiga tahun selepas Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dilancarkan pada 1971.

"Akibat peristiwa itu, saya ditahan dalam lokap dan dipenjarakan selama hampir dua tahun. Tetapi saya tetap berterima kasih kepada orang Baling dan tidak menyesal melalui semua itu.

"Kerana apa? Kerana Demonstrasi Balinglah saya belajar erti perjuangan, kemiskinan dan derita rakyat Baling. Ini satu pengalaman penting kerana saya bukan belajar mengenai kemiskinan ekonomi rakyat miskin melalui buku teks universiti, profesor atau bilik kuliah, sebaliknya saya lihat sendiri apa ertinya derita melalui kebangkitan rakyat Baling," katanya. -Getaran 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia