web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bot Pemancing Hilang, Nasib 14 Pemancing, 4 Kru Belum Diketahui 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 8:17PM

Sebuah bot dinaiki 14 pemancing dan 4 kru dilaporkan hilang di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika, barat Pulau Beras Basah, Langkawi kira-kira jam 2 petang tadi. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebuah bot dinaiki 14 pemancing dan empat kru dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika, barat Pulau Beras Basah, Langkawi kira-kira jam 2 petang tadi. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi ketika ini sudah pun mengaktifkan operasi dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan bot berkenaan. 

"Pusat operasi menerima laporan daripada seorang individu mengenai sebuah bot yang dilaporkan hampir karam, dipercayai membawa empat kru dan 14 pemancing kira-kira jam 2 petang tadi. 

"Sebaik menerima laporan, Kapal Maritim (KM) Tenggol telah diatur gerak ke lokasi namun tiada sebarang penemuan atau petunjuk di situ," katanya. 

Lokasi di mana sebuah bot dilaporkan hilang, petang tadi.
Lokasi di mana sebuah bot dilaporkan hilang, petang tadi.

Difahamkan laporan tersebut diterima daripada seorang wakil pemilik bot tersebut, setelah dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh individu yang berada di atas kapal berkenaan. 

Tambahnya, setakat ini KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi tersebut sebaik menerima laporan mengenai nahas terbabit.

Mohd Zawawi berkata, maklumat mengenai kejadian turut disalurkan kepada agensi sahabat termasuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti nelayan setempat.

"Sektor operasi juga diperluaskan dari lima batu nautika ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan.

"Penemuan barangan tersebut adalah pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari posisi akhir bot itu dilaporkan hilang," katanya. 

Katanya, sehingga kini pencarian masih diteruskan bersama aset agensi sahabat serta empat bot nelayan tempatan lain yang dijangka berterusan hingga pagi esok. - Getaran, 26 Februari 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia