web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Dirempuh Lori Tidak Sempat Tatap Anak Sulung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Mar 2022 4:07PM

Suriyana Abdul Razak sebak ketika bercerita mengenai arwah suaminya yang meninggal dunia akibat dirempuh lori ketika berteduh dari hujan lebat di bawah jejambat, di Lebuh Raya PLUS, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Meskipun teruja bercerita mengenai kehamilan isterinya, Suriyana Abdul Razak, 26, dan tidak sabar menatap wajah anak sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada tahun ini, takdir tertulis buat Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31, sebaliknya apabila dia maut dalam kemalangan ngeri, semalam.

Kemalangan itu berlaku apabila dia bersama sembilan penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejambat akibat hujan lebat, dirempuh sebuah lori membawa perabot dari Kuala Nerang ke Pulau Pinang di Kilometer 92.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Menurut Suriyana, kemalangan itu berlaku ketika suaminya yang berkerja sebagai pemandu lori dalam perjalanan menuju ke tempat bertugas di Bukit Minyak, Pulau Pinang.

“Kandungan saya kini sudah berusia lima bulan dan suami adalah insan paling gembira menanti kelahiran anak sulung kami.

“Malah dia juga tidak sabar untuk keluar membeli kelengkapan bayi pada hujung minggu ini dan kerap bercerita mengenai perkembangan kandungan ini kepada ibunya, Shukina Sharif, 56,” katanya sebak.

Dia berkata demikian ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Kubang Siam di sini, hari ini.

Selain Muhammad Khairul, kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 2.40 petang itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal, Mohd Amirul Ismail, 28.

Gambar kenangan perkahwinan Allahyarham Muhammad Khairul Azwan dan Suriyana Abdul Razak.
Gambar kenangan perkahwinan Allahyarham Muhammad Khairul Azwan dan Suriyana Abdul Razak.

Mengulas lanjut Suriyana berkata, dia hanya mengetahui mengenai pemergian suaminya selepas menerima panggilan daripada pihak polis pada kira-kira jam 7 malam.

“Waktu itu saya baru pulang kerja. Saya tak tahu langsung mengenai kejadian tersebut, termasuk gambar dan video yang sudah pun tular di media sosial sebelum diberitahu mengenai kejadian menimpa suami oleh pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Shukina memaklumkan, Muhammad Khairul Azwan adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab, manja dan rapat dengannya.

Menurutnya, akibat cuaca tidak menentu kebelakangan ini, Muhammad Khairul biasanya akan menaiki kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Namun semalam dia memilih untuk menggunakan motosikal. Memang sebelum ini saya sudah beberapa kali menasihatinya agar menggunakan pengangkutan awam, tetapi dia bertegas hendak menggunakan motosikal dengan alasan lebih mudah untuk pulang jika berlaku kecemasan di rumah,” katanya.

Jelasnya, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kubang Siam selepas selesai semua prosedur, termasuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. -Getaran 8 Mac 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia