web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Pandu Berbahaya, Sebabkan 2 Kematian 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 11:56AM

Muhammad Ariff Abdullah didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal pada Isnin lalu. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu lori dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini berhubung pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal pada Isnin lalu. 

Tertuduh, Muhammad Ariff Abdullah, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. 

Bagi pertuduhan di Mahkamah Majistret 1, tertuduh yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa memandu lori secara merbahaya hingga menyebabkan kematian Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31.

Pertuduhan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Khairul Azreem Mamat di hadapan Majistret, Fazlina Musa.

Muhammad Ariff yang juga anak keempat dari enam beradik, kemudian dihadapkan di Mahkamah Majistret 2 atas dakwaan memandu lori sama secara berbahaya hingga menyebabkan kematian Mohamad Amirul Ismail, 28.  

Pertuduhan kedua itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nur Hamizah Mat Shah di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Tertuduh diwakili peguam, Siti Haslina Hasbullah bagi kedua-dua kes terbabit.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada kira-kira jam 2.40 petang, 7 Mac 2022 di Kilometer 92.8, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Kuala Muda, Kedah. 

Kedua-dua pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000. 

Majistret Fazlina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin, manakala Majistret Nadhirah menetapkan kadar jaminan sebanyak RM8,000 dan tertuduh diarahkan untuk melapor diri di balai terdekat, sebulan sekali.

Kedua-dua majistret menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Mac ini sementara menunggu laporan bedah siasat serta Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Pupakom). 

Pada 7 Mac lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera selepas dirempuh sebuah lori dari arah belakang, ketika sedang berteduh dari hujan lebat di bawah jejambat di Kilometer 92.8, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Gurun. 

Ketika kejadian, lori tersebut difahamkan dalam perjalanan dari Kelantan ke Kedah dan Pulau Pinang bagi menghantar sofa kepada pelanggan. - Getaran 10 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia