web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam 'Hilang' RM126,588 Terpedaya Macau Scam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Mar 2022 3:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang penjawat awam kerugian RM126,588 selepas diperdaya Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, Isnin lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Supritendan Elias Omar berkata, wanita berusia 38 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada individu mendakwa dari Pejabat LHDN Cyberjaya. 

Katanya, penyamar tersebut mendakwa terdapat sebuah syarikat dengan nama HRC Global didaftarkan ke atas nama mangsa dan mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM36,600. 

“Mangsa menafikan dakwaan itu, namun dia kemudiannya dihubungi individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa dia turut terbabit dalam kes penggubahan wang haram serta penyeludupan dadah. 

“Dakwaan itu turut dinafikan mangsa dan dia kemudiannya diarahkan membuat semakan melalui pautan  diberikan menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya. 

Terpedaya dengan taktik digunakan penyamar, wanita itu menekan pautan tersebut dan mengisi butiran diri, termasuk maklumat akaun Bank Islam serta Tabung Haji miliknya. 

“Keesokannya, mangsa menerima mesej dari Bank Islam memaklumkan terdapat transaksi pindahan wang dari akaunnya berjumlah RM38,800. 

“Semakan dilakukan mangsa turut mendapati terdapat transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Hajiberjumlah RM87,788,” katanya. 

Jelasnya, mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam. 

“Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya dan tidak terlalu mudah membuat sebarang pindahan wang kepada individu tidak dikenali. 

“Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi CCIS Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599. - Getaran 10 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia