web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Mar 2022 4:26PM

Sultan Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta, selain melalui semakan latar belakang yang menyeluruh dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima mengadap Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berlangsung kira-kira sejam, dekat sini, semalam.

Titah Sultan Ibrahim, dengan berakhirnya Pilihan Raya Johor, sudah tiba masanya untuk semua wakil rakyat merapatkan barisan dan bekerja bersama-sama dalam memakmurkan Johor.

“Saya pegang kata-kata Datuk Hasni Mohammad, tiada ideologi ahli politik dan parti yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.

“Jika ada yang tidak terpilih menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri jangan kecil hati. Semua boleh memberi perkhidmatan yang sebaiknya,” titah Sultan Ibrahim yang turut menambah kelayakan akademik setiap calon juga perlu disemak kesahihannya dengan teliti.

Titah baginda, nasib rakyat sentiasa diutamakan, begitu juga wakil rakyat yang dipilih perlu melaksanakan tanggungjawab dengan berkhidmat kepada rakyat.

“Mana-mana Exco yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka kelak, maka Menteri Besar perlu segera menggantikan Exco berkenaan. Begitu juga nasihat saya kepada Menteri Besar supaya menumpu pada tugas dan tanggungjawab kepada negeri dan rakyat.

“Di peringkat awal ini, Datuk Onn juga perlu bekerjasama dengan Datuk Hasni dalam mendapatkan pandangan atau nasihat,” titah baginda lagi.

Tiga hari lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini.

Onn Hafiz, 43, memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, sekali gus menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional, R Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Anak Bongsu Najib Bertunang Dengan Nicola Mulyadi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Johor Umum Isnin Depan Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MB Johor Mohon PM Pertimbang Moratorium Untuk Mangsa Banjir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia