web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Awal Pagi, 4 Maut Termasuk 1 Rentung Nahas 2 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 11:31AM

Kereta Nissan Almeira yang terbakar selepas terlibat dalam nahas 2 kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Empat maut, dengan seorang daripada mereka rentung dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 pagi.

Menurut beliau, nahas terbabit melibatkan sebuah Proton Wira dan Nissan Almeira.

“Tiga mangsa yang menaiki Proton Wira dikenali sebagai Shahrin Hafi Omar, 49, Mohamad Syafiq Kassim, 26, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Arni, 52.

“Identiti mangsa rentung iaitu pemandu Nissan Almeira masih belum dapat disahkan,” katanya di sini hari ini.

Seorang anggota Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran kereta Nissan Almeira.
Seorang anggota Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran kereta Nissan Almeira.

Sayani berkata, kebakaran melibatkan kereta Nissan Almeira itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi dan mayat pemandunya berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut pada jam 5.43 pagi.

"Untuk kereta Proton Wira itu pula, pihak kami terpaksa menggunakan beberapa peralatan untuk mengeluarkan mangsa akibat keadaan kereta yang remuk teruk.

"Mangsa pertama dikeluarkan pada 4.07 pagi manakala mangsa kedua pada 4.28 pagi. Mangsa ketiga pula hanya dapat dikeluarkan pada jam 4.52 pagi. Ketiga-tiga mangsa patah pada seluruh badan akibat dihempap kenderaan yang terbalik. Mangsa wanita turut parah pada bahagian kepala," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritendan (DSP) Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira tersebut hilang kawalan lalu berpusing di lokasi kejadian.

Keadaan kereta Nissan Almeira yang rentung selepas terlibat dalam kemalangan.
Keadaan kereta Nissan Almeira yang rentung selepas terlibat dalam kemalangan.

Keadaan tersebut katanya, menyebabkan kereta Nissan Almeira terbabit tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta Proton Wira itu secara berdepan.

"Akibat pelanggaran itu, Proton Wira berkenaan terbabas ke lorong memotong dan melanggar penghadang jalan manakala Nissan Almeira terbakar di lokasi kejadian," katanya.

Tambahnya, polis ketika ini masih mencari saksi kejadian serta waris-waris mangsa terlibat.

"Mana-mana pihak yang memiliki maklumat berkaitan perkara itu diminta berhubung dengan Inspektor Muhamad Atiq Elias dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di talian 0127778761 atau 04-7592122,” katanya. - Getaran 21 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia