web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Seludup Diesel Subsidi Tumpas, Rampasan Cecah RM1.427 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 5:13PM

Bekalan diesel dibeli secara pukal di stesen minyak dengan menggunakan lori tangki kecil dan dikumpulkan di premis berkenaan. - Gambar ihsan PGA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM1.427 juta di sebuah premis di Taman Kota Puteri, Masai, Johor Bahru, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, Op Kontraban sekitar jam 12 tengah hari itu membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia lingkungan 36 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

“Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak dua minggu lalu dan hasil pemeriksaan ke atas dua mesin meter aliran mendapati jumlah diesel dipam ke dalam tanker melebihi sejuta liter.

“Siasatan awal mendapati, diesel tersebut dijual dengan harga RM3.85 seliter kepada pengguna kapal di sekitar Klang dan Selangor serta individu di Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dimin, bekalan diesel itu disyaki dibeli secara pukal mengikut had ditetapkan pihak stesen minyak dengan menggunakan lori tangki kecil dan dikumpulkan di premis berkenaan, sebelum dihantar ke Klang menggunakan lori tangki besar.

“Antara barangan rampasan adalah 51 tong lut sinar berkapasiti 1,000 liter setiap tong, empat mesin pam elektrik, diesel bersubsidi kira-kira 43,000 liter, dua set hos getah lut sinar, lori dan treler.

“Kesemua barangan rampasan itu diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

2

Muzik 5 bulan yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jenayah Di Sempadan: PGA Tahan Lebih 1,700 Individu, Rampas Barang Lebih RM119 Juta Tahun Lalu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia