web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenayah Di Sempadan: PGA Tahan Lebih 1,700 Individu, Rampas Barang Lebih RM119 Juta Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 12:24PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan menahan 1,741 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai lebih RM119 juta dalam menanggani 1,252 kes-kes jenayah yang dikesan di sempadan negara sepanjang tahun lalu.

Komander Briged Tenggara, SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata, antara kes-kes jenayah yang ditangani dalam Op Taring Wawasan 2023 itu termasuk berkaitan kemasukan pendatang tanpa izin, penyeludupan kontraban, senjata api dan dadah.

Beliau berkata dalam operasi tahun ini pula, sejak awal tahun hingga dua hari lepas 360 kes jenayah telah dibanteras, membabitkan tangkapan 340 individu, dengan nilai keseluruhan barang yang dirampas berjumlah hampir RM17 juta.

"Saya yakin dengan adanya 16 pos statik, sekat pintas, lima sekatan jalan raya (SJR) dan pasukan-pasukan serbuan, kes jenayah di sempadan seperti penyeludupan dadah, senjata api serta pendatang asing dapat dikurangkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis iftar bersama petugas SJR Chabang 4 di Rantau Panjang, di sini, semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Maritim Malaysia Perketat Kawalan Sempadan Perairan Negara Di Musim Perayaan

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Anggota Polis PGA Didakwa Curi Wang RM85,000 Dalam Premis Perniagaan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Anggota Polis Muar Mula Laksana Undi Awal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Seludup Diesel Subsidi Tumpas, Rampasan Cecah RM1.427 Juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia