web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Anggota Polis PGA Didakwa Curi Wang RM85,000 Dalam Premis Perniagaan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 2:42PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan ketika menjalankan operasi bersepadu membanteras warga asing, Khamis lalu.

L/Kpl Mohamad Adib Mohd Zafri, 35; L/Kpl Mohamad Amirul Aiman Mamat, 26; dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mereka didakwa dengan niat bersama mencuri wang milik NGWE Gabar Sdn Bhd, di tingkat satu premis berkenaan, di Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Silang, pada 2.27 petang, 21 Disember lalu dan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun serta boleh dikenakan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua perlu dipenjara dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham berkata, pihaknya tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu dilakukan oleh penjawat awam semasa menjalankan amanah dan tugas mereka sebagai anggota. 

“Perkara ini juga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat awam berkaitan integriti serta tanggungjawab anggota keselamatan semasa menjalankan tugas,” katanya.

Izzat Amir berkata, sekiranya mahkamah ingin mengenakan jaminan, pihaknya memohon jaminan tidak kurang RM30,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sementara itu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Mohamad Adib dan Muhamad Hafiz memohon kedua-dua anak guamnya dikenakan jaminan rendah kerana mereka berpendapatan RM2,100 sebulan serta menanggung keluarga.

Peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie yang mewakili Mohamad Amirul Aiman turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya yang menanggung ibu bapa yang sudah lanjut usia berpendapatan RM2,100 sebulan.

Aina Azahra menetapkan sebutan kes pada 6 Februari depan dan membenarkan jaminan RM17,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Pada 24 Disember lalu, ketiga-tiga anggota terbabit dirakam melakukan penggeledahan di premis berkenaan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang, bagaimanapun tidak memasukkannya dalam laporan.

Hasil penahanan itu, difahamkan polis turut merampas wang tunai RM63,500, sebuah kereta Perodua Myvi, dua telefon bimbit dan resit pembayaran bagi pembelian tayar dan penyelenggaraan kenderaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia