web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota Polis Muar Mula Laksana Undi Awal

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 9:41AM

Kelihatan anggota polis sedang menunggu giliran untuk membuang undi di Dewan Serbaguna Batalion 6, Pasukan Gerakan Am, Muar. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pusat pengundian awal bagi pegawai dan anggota polis di Dewan Serbaguna Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, dibuka bermula jam 8 pagi tadi.

Tinjauan Getaran mendapati, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba seawal jam 7.30 pagi dengan membawa peti undi ke pusat berkenaan.

Calon Perikatan Nasional (PN), RS Chelvarajan dan calon Bebas, turut berada di perkarangan dewan tersebut.

Sejumlah 917 anggota polis pelbagai pangkat dijadualkan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kerusi Parlimen Bakri.

Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah, kem PGA dan tentera.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu menetapkan tarikh PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya pada 19 November ini.

PRU-15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di Pahang, Perlis dan Perak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, SPR menggunakan

daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15.

Daripada jumlah terbabit, jelasnya, 20,905,366 adalah pengundi biasa manakala 146,737 merupakan anggota tentera serta pasangan dan 118,794 pasukan polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula