web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maritim Malaysia Perketat Kawalan Sempadan Perairan Negara Di Musim Perayaan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:15AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia di musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dalam kenyataan hari ini berkata, bagi mengekang dan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti salah laku di Zon Maritim Malaysia, rondaan di kawasan panas (hotspot) yang telah dikenal pasti akan diperhebat.

Beliau berkata, seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa ditugaskan dengan kekuatan 45 buah pelbagai aset milik agensi bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara yang meliputi keluasan 556,285 kilometer persegi.

"Pihak Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di kawasan perairan negara," katanya.

Hamid turut menyeru komuniti maritim khususnya untuk terus menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak agensi supaya aktiviti salah laku dan jenayah maritim dapat dibanteras habis-habisan.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim Negeri yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Jenayah Di Sempadan: PGA Tahan Lebih 1,700 Individu, Rampas Barang Lebih RM119 Juta Tahun Lalu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Maritim Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan SPRM Hapus 'Suapan Bulanan'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Laut Bergelora Dipercayai Punca Bot Bawa 21 Individu Karam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

18 Pemancing, Kru Bot Karam Di Perairan Langkawi Ditemukan Selamat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia