web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maritim Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan SPRM Hapus 'Suapan Bulanan'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 1:16PM

Pihak Maritim Malaysia memandang serius perkara itu dan akan bersama SPRM dalam menghapuskan jenayah yang tidak bermoral itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan dua penguat kuasa agensi itu yang terlibat dalam menerima suapan bulanan sebelum ini.

Pengarahnya Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan bersama SPRM dalam menghapuskan jenayah yang tidak bermoral itu.

"Kegiatan ini telah lama saya kesan iaitu sejak mula mengambil alih jawatan sebagai pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis pada 2022," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua penguat kuasa APMM dan seorang orang awam ditahan reman selama enam hari hingga 8 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Mohd Hashim mengesahkan perkara tersebut dan berkata salah seorang daripada anggotanya telah dibebaskan oleh SPRM pada Sabtu (4 Februari).

Beliau berkata anggota terbabit telah lama berada dalam pemerhatiannya namun beliau gagal memperoleh bukti apabila nelayan enggan memberi kerjasama.

“Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota APMM Zon Maritim Kuala Perlis yang terlibat dalam aktiviti jenayah seperti ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap SPRM berkata lebih banyak tangkapan akan dilakukan selepas ini, melibatkan anggota APMM dan pihak ketiga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Maritim Malaysia Perketat Kawalan Sempadan Perairan Negara Di Musim Perayaan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

APMM Berjaya Selamatkan Lebih 1,000 Nyawa Tahun Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia