web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


APMM Berjaya Selamatkan Lebih 1,000 Nyawa Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2023 8:53PM

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, jumlah itu menunjukkan keseriusan APMM dalam menjalankan operasi dalam menangani pencemaran maritim.

Beliau berkata, APMM juga sudah melakukan sebanyak 154,463 pemeriksaan, 38,867 penggeledahan dan 1,114 tangkapan sepanjang tahun ini.

“Sebagai agensi tunggal yang mengkoordinasikan operasi carilamat kebangsaan di laut, APMM sentiasa bersiap siaga menggerakkan agensi yang berkaitan, bagi memastikan mangsa dan aset dapat diselamatkan,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Rusli Abdullah dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, APMM turut berperanan dalam melindungi alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam.

“Alam sekitar khususnya di kawasan maritim seperti terumbu karang, hutan paya bakau dan pesisiran pantai, adalah aset amat berharga, jadi APMM berusaha keras memastikan kelestarian alam ini,” katanya.

Sementara itu, Rusli berkata, APMM amat menghargai jasa dan sumbangan media dalam mempromosikan APMM, sebagai sebuah agensi keselamatan yang bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan perairan negara.

“Rakan media telah membantu APMM menyampaikan maklumat dan informasi penting sama ada dalam aspek penguatkuasaan atau carilamat disampaikan kepada rakyat Malaysia, dengan tepat dan kadar segera,” katanya.

Bersempena program berkenaan hampir 100 petugas media tempatan dari saluran media elektronik, media cetak dan portal media hadir memeriahkan acara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

140 Penumpang Feri Dari Langkawi Ke Kuala Perlis Terkandas 5 Jam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Feri Terbakar Di Pulau Bidong, 79 Penumpang Selamat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia